Sunday, 9 June 2013

PROMOSI BULAN JUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang dijanjikan, inilah post berkenaan PROMOSI BULAN JUN 2013 ini.

PROMOSI #1

Pada mulanya, kami cuma mengadakan promosi CUTI SEKOLAH seprti di dalam gambar di bawah ini:-

Yup! Body mist yang bernilai RM50 boleh dapat dengan harga RM35 shj bagi setiap pembelian OR Perfume.

PROMOSI #2

Tiba-tiba ada promosi daripada Supplier saya.. Dia bagi diskaun untuk beberapa perfume terpilih sepanjang Jun ini. Jadi, tak adil rasanya saya tak offer pada para pelanggan saya. Maka, saya tawarkan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran.  Harga asalpun dah jauh lebih murah, tambah lagi diskaun. Tak WOW! ke tu? hehehe.... 

Boleh rujuk kat sini---> kliklah <---

PROMOSI #3

Tak lama lepas tu, keluar pula beberapa Gift Set yang terdiri daripada perfume, losyen dan shower gel.

Jadi alang-alang dah berniat nak buat promosi bulan Jun ni, jadi saya tambah lagi satu promosi menarik.

Set tersebut dijual pada harga RM 145 satu set.

Setiap pembelian akan diberikan PERCUMA kos penghantaran dan sebotol Victoria's Secret Body Mist!

Tidak cukup dengan itu, kami beri lagi diskaun sebanyak 15% bagi pembelian OR Perfume yang berikutnya.

Boleh rujuk kat sini  set2 yang ada ---> kliklah <---

TETAPI!

PROMOSI ni hanya untuk mereka yang like page kami sahaja... Tak rugi like page kami, anda akan sentiasa update tentang perkembangan kami... hehehe....

So, tunggu apa lagi? Klik sini dan like page kami! 

Kami menanti anda!

Saturday, 8 June 2013

Nak buat sesuatu, Jangan tunggu lama ye...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 Hari ni saja2lah baca blog Irfan Khairi yang Tip 1 minit tu. Terbaca satu artikel lama yang saya pernah baca dahulu. Ianya berkenaan sikap kebanyakan kita yang tidak mahu memulakan perniagaan kerana berasakan masih banyak yang perlu dilakukan dahulu. Ini akan membantutkan proses perkembangannya dan ramai yang terperangkap dalam fasa planning sahaja. Artikelnya pendek sahaja, adalah dalam 9 baris je. Tapi, memberi makna besar pada saya.

  Dulu, saya ada beberapa idea perniagaan, ada beberapa peluang untuk berniaga, tetapi saya tangguhkan sebab kononnya menunggu sehingga saya benar2 pandai tentang hal perniagaan ini. Hasilnya, lama kelamaan saya lupa dan hilang semangat. Idea dan peluang tu lama kelamaan menjadi basi dan tidak berguna lagi. Akhirnya, saya terbaca tip yang saya nyatakan tadi dan barulah saya sedar yang saya sepatutnya teruskan sahaja dengan apa yang ada. Setelah itu barulah saya perbaiki sedikit demi sedikit apa yang kurang. Learn along the way bak kata omputeh... hehehe....

   Sekarang, saya cuba untuk mencuba segala macam perniagaan yang saya rasakan saya mampu lakukan. Buat masa ni, saya sudahpun menjadi fotografer sambilan dan juga menawarkan perkhidmatan design & printing kad perniagaan, kad kahwin dan sebagainya. Yang terkini saya menceburi perniagaan jualan di internet. Saya sudahpun menjual pelbagai produk, tetapi kini saya merasakan saya sangat menyukai jualan perfume. Walaupun masih banyak yang perlu saya pelajari, tetapi saya mengambil nasihat Irfan Khairi tersebut dan tetap teruskan dan belajar dari semasa ke semasa.

Bak kata beliau "Nasihat saya, lakukan sahaja, walaupun sesuatu itu belum lagi sempurna. Perbaiki kelemahan dan jadikannya sempurna secara beransur-ansur."

 Erm, saya menjemput pembaca supaya LIKE page FB saya di sini supaya tidak ketinggalan PROMOSI-PROMOSI yang diadakan dari semasa ke semasa.

 Sekejap lagi saya akan create satu post baru berkenaan PROMOSI HEBAT BULAN JUNE INI!

Sunday, 2 June 2013

Perjalanan masih jauh...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni baru sahaja tambah satu lagi page katalog, iaitu katalog bagi perfume grade AAA. Jadi, sekarang dah ada 2 katalog iaitu untuk original reject dan AAA perfume. In Sha Allah, akan ditambah lagi bagi produk2 yang lain.